Monday 13 July 2015

PROGRAM JOM MASAK BUBOQ LAMBUK!


13 Julai 2015- Guar Chempedak, telah berlangsungnya program memasak bubur lambuk bagi Kolej Komuniti Jerai (KKJ). Program ini telah dikelolakan oleh En. Ku Mohd Azrie bin Ku Azizan yang juga pensyarah Kolej Komuniti Jerai. Turut memeriahkan lagi program ini ialah Pengarah Kolej Komuniti Jerai sendiri iaitu En. Khairul Anuar bin Aziz. Menurutnya program ini adalah hasil usaha sama dengan pihak 1M4U dan juga pengurusan Kolej Komuniti Jerai sendiri. Selari dengan objektif danmatlamat pihak pengurusan kolej komuniti Jerai iaitu berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengira status agama, bangsa dan warna kulit. Program ini turut dijayakan oleh pelajar-pelajar dan staf Kolej Komuniti Jerai (KKJ) pada bulan Ramadhan ini. Pengagihan bubur lambuk telah dilakukan pada jam 3.30 petang –hingga 5.00 petang di sepanjang jalan raya di Guar Chempedak, Yan, Kedah.



















Thursday 9 July 2015

Program amal Jom Kumpul Baju Raya.


Misi unit keusahawanan dalam menjayakan program amal Jom Kumpul Baju Raya telah terlaksana dengan majlis serahan sumbangan yang dikelola bawah pimpinan Cik Fitreel Huda dengan usahasama Skuad 1Malaysia Daerah Yan, AADK Yan dan Gurun Policing Team kepada:
10 buah rumah di Gurun, Sg Teroi, Yan dan Guar Cempedak.
Sumbangan berbentuk:
Duit raya,makanan dan pakaian raya..
Semoga Aidilfitri penerima akan lebih bermakna dengan sumbangan kecil oleh unit keusahawanan KK Jerai..