Monday 13 July 2015

PROGRAM JOM MASAK BUBOQ LAMBUK!


13 Julai 2015- Guar Chempedak, telah berlangsungnya program memasak bubur lambuk bagi Kolej Komuniti Jerai (KKJ). Program ini telah dikelolakan oleh En. Ku Mohd Azrie bin Ku Azizan yang juga pensyarah Kolej Komuniti Jerai. Turut memeriahkan lagi program ini ialah Pengarah Kolej Komuniti Jerai sendiri iaitu En. Khairul Anuar bin Aziz. Menurutnya program ini adalah hasil usaha sama dengan pihak 1M4U dan juga pengurusan Kolej Komuniti Jerai sendiri. Selari dengan objektif danmatlamat pihak pengurusan kolej komuniti Jerai iaitu berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengira status agama, bangsa dan warna kulit. Program ini turut dijayakan oleh pelajar-pelajar dan staf Kolej Komuniti Jerai (KKJ) pada bulan Ramadhan ini. Pengagihan bubur lambuk telah dilakukan pada jam 3.30 petang –hingga 5.00 petang di sepanjang jalan raya di Guar Chempedak, Yan, Kedah.



















1 comment:

  1. Vitamin D In Titanium Hair Dyes - TitaniumArt
    › titanium-hair-dyes › tungsten titanium titanium-hair-dyes Get The Latest Latest babyliss pro titanium Vitamin D Vitamin D. Vitamin D (Tin.Vitamin D) is one of the most active ingredients in the titanium astroneer world, which titanium mountain bikes has been scientifically verified titanium coating and

    ReplyDelete