About Us



KOLEJ KOMUNITI  JERAI

LATAR BELAKANG
KOLEJ KOMUNITI JERAI telah mula beroperasi pada 1 Ogos 2007 bertempat di Lot 7, Jalan Delima 1, Taman Delima, 08800 Guar Cempedak, Kedah Darul Aman. 

KOLEJ KOMUNITI JERAI memulakan sesi ambilan pelajar pada Julai 2008 untuk mengikuti kursus Sijil Pelancongan dan Pengembaraan kepada pelajar lepasan SPM.

KOLEJ KOMUNITI JERAI telah membuka peluang baru menawarkan Sijil Modular Kebangsaan pada sesi Julai 2010. 

KOLEJ KOMUNITI JERAI dibangunkan dilokasi yang strategik iaitu di Daerah Yan dimana Yan Daerah Pelancongan terkenal dengan produk pelancongan yang menarik seperti Hutan Lipur Gunung Jerai, Air Terjun Titi Hayun, Air Terjun Seri Perigi, dan paling menarik Rekreasi Batu Hampar serta Jambatan Pulau Bunting.

 KOLEJ KOMUNITI JERAI juga dikelilingi dengan produk pelancongan yang lain seperti perusahaan Nira Nipah, penghasilan produk bahulu, penghasilan keropok lekor dan produk pertanian jagung. Kolej Komuniti Jerai turut berperanan memperkenalkan produk pelancongan ini kepada pihak luar dari semasa ke semasa.

KERJAYA
Kursus ini digubal untuk membina generasi pekerja masa depan yang berpengetahuan dan berkemahiran serta boleh berkhidmat dan menyumbang secara berkesan di dalam sektor pelancongan. Antara kerjaya yang boleh diceburi selepas tamat pengajian di Kolej Komuniti Jerai adalah:
  •  Kerani Tempahan dan Tiketan
  • Ketua Rombongan Pelancongan
  • Pemandu Pelancong Bandar
  • Pemandu Pelancong Alam Semulajadi dan
  • Pemandu Pelancong Setempat
  • Bekerja di Agensi Pelancongan dan Pengembaraan








SYARAT LAYAK MEMOHON
     


IKLAN KEMASUKAN

Iklan kemasukan diuruskan oleh JPKK/KPT, menerusi akhbar-akhbar utama tempatan dan laman web http://upu.mohe.gov.my dan http://www.jpkk.edu.my/jpkk/



KEMASUKAN JULAI 2015
Bagi kemasukan Julai 2015 KK Jerai akan menawarkan program Sepenuh Masa selama 16 bulan bagi SIJIL PELANCONGAN DAN PENGEMBARAAN. 
Pelajar -pelajar lepasan SPM adalah digalakkan untuk memohon bagi mengikuti pengajian di KK JERAI.