Tuesday 24 February 2015

Taklimat Kerjaya


Taklimat Kerjaya dan Pengambilan Pelajar telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Cempedak sebagai salah satu usaha mempromosikan Kolej Komuniti Jerai kepada komuniti setempat. Taklimat dan pameran diadakan bertujuan menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian dalam bidang Sijil Pelancongan dan Pengembaraan. Seramai lebih kurang 70 orang pelajar SMK Guar Cempedak hadir bersama dalam program hari ini. Semoga program seperti ini akan dapat menyebarluaskan maklumat berkaitan Kolej Komuniti Jerai ke peringkat akar umbi.



Senaman ringan bersama pelajar








Penyerahan cenderamata untuk pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Cempedak

KOLEJ KOMUNITI JERAI MENDEKATI KOMUNITI